“What Got You Here, Won’t Get You There” – Formula Kejayaan Dahulu Belum Pasti Akan Membawa Kejayaan Seterusnya

Setiap kali isu-isu mengenai cabaran bolasepak Malaysia diperbincangkan, kita tidak boleh lari daripada mendengar luahan perasaan terhadap “orang-orang besar”  atau ahli-ahli jawatan kuasa tertinggi di FAM.

Jika kita perhatikan dan menilai betul-betul barisan AJK yang dimaksudkan, kita akan mendapati bahawa mereka semua ini terdiri daripada orang-orang yang berjaya dan berpengaruh. Mereka dibawa masuk/dipilih berdasarkan kejayaan mereka, reputasi mereka, “track record” mereka dan keyakinan yang mereka boleh memikul tanggungjawab yang diberikan.

Saya  positif yang mereka masuk ke FAM dengan niat murni serta semangat yang tinggi untuk memajukan lagi sukan bolasepak negara. Saya juga pasti tiada di antara mereka yang berniat di sebaliknya.

Jadi, mengapa dengan begitu ramai orang-orang berjaya di FAM, persatuan itu masih lagi tidak mampu untuk menunjukkan prestasi keberkesanan yang tinggi?

Di Dale Carnegie Training, saya kerap mengendalikan bengkel “What Got You Here, Won’t Get You There” untuk orang yang berjaya di korporat, untuk memastikan mereka terus berjaya dan tidak terperangkap di dalam kejayaan mereka sendiri. Maksudnya disini, usaha gigih dan juga cara yang sebelum ini telah menghasilkan kejayaan bagi mereka, sekarang ini tidak lagi bersesuaian, atau tidak akan memastikan kejayaan, kerana cabaran, situasi, interaksi dan persekitaran, semuanya berbeza.

Di dalam proses mengejar kejayaan, tanpa disedari, telah terbina tabiat-tabiat atau amalan-amalan pada orang-orang yang berjaya ini, yang dahulunya adalah positif, tetapi didalam konteks baru, merupakan ciri-ciri negatif.  Bengkel yang dimaksudkan, membolehkan para peserta untuk menilai diri mereka sendiri serta mempelajari, pendekatan-pendekatan yang boleh di gunakan, untuk mengatasi masaalah yang dihadapi.

Mengikut pemerhatian saya, ini juga berlaku di FAM.  Orang-orang yang berjaya sentiasa akan membawa” budaya berjaya” mereka kemana-mana sahaja. Saya tahu mereka kerja kuat, sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kualiti bolasepak kita. Mereka juga seperti kita, ghairahkan bolasepak. Mereka juga sedih melihat bolasepak kita tenggelam timbul. Kalau ada yang tidak kena atau pun yang negatif pada usaha dan komitmen mereka, ianya berlaku di luar kesedaran mereka.

Pihak FAM perlu mencari jalan untuk mengatasi “sindrom orang berjaya” ini supaya setiap interaksi, usaha serta sumbangan mereka ini tidak di salah ertikan oleh kakitangan-kakitangan FAM dan juga komuniti bolasepak Malaysia. Sekiranya tidak, keberkesanan sistem pengurusan bolasepak Malaysia akan terbantut dan segala perancangan yang dilakarkan sukar untuk menjadi kenyataan.

kepalabola: ada antara 21 tabiat negatif utama yang terbina tanpa disedari apabila seseorang itu semakin berjaya.

About these ads
Kirim komen atau tinggalkan jejak balik: URL Jejak Balik.

Komentar

  • Awisy  On 21 Mei 2012 at 9:51 AM

    As-salam.

    Sy percaya jika FAM mahu bersikap sensitif dgn pandangan masyarakat umum, pasti akan membawa satu transformasi baru dalam arena bolasepak negara. Byk kepala2 muda yg ada idea kreatif & boleh digunapakai, wl pn bkn semua. Kena pandai ambil yg mana bernas & tapis yg mana x perlu.

    Skrg ni sy tgk org2 FAm terdiri drp org2 berjaya yg LAMA yg mana method & aplikasinya dh x sesuai. Lepas tu, maaf cakap.. bodoh sombong pulak. Kalau nak berjaya, kita (persatuan & penyokong) kena bergerak seiring. Bkn sy nak puji TSAM & team Kelantan, tp sbg perbandinga shj.. mereka bergerak seiring di mana KAFA sentiasa mengambil kira pendapat2 bernas penyokong dlm membuat perancangan & keputusan sesuatu perkara. Adanya blog & fb pages menyediakan paltform kepada kedua2 pihak utk bertukar2 pandangan demi kemajuan bolasepak kelantan. Kebijaksaaan & sikap terbuka, berpandangan jauh TSAM disertai dgn idea2 bernas penyokong setakat ini mampu menjana kemajuan & passionate di klgn rakyat. Tp perkara ini tidak berlaku di dlm FAM.
    Sy harap idea ini mampu memberi sesuatu kpd saudara Rosli utk pertimbangan kerana tuan berada lebih dekat dgn mereka berbanding kami (peminat bola).

    Terima kasih.

    • Rosli Hussein  On 21 Mei 2012 at 10:59 AM

      Satu sikap yang positif yang patut ada pada mana2 organizasi ialah keupayaan untuk mendengar. Contoh yang saudara berikan mengenai Kelantan amat tepat. Mendengar bermakna kita dapat bergerak seiring dengan kehendak peminat. Jika peminat tahu kita mendengar dan menhormati pendapat mereka, ini akan membuat diri mereka rasa penting. Sudah pasti sokongan akan ditingkatkan.
      Dengan segala kepakaran, pengalaman dan sumber yang ada di FAM, kita pasti banyak perkara yang boleh dilakukan sekira ditambah pula dengan sikap yang lebih terbuka.

  • rojaksedap  On 3 Jun 2012 at 10:52 PM

    OK pemiant akan terus positif,kalau nak menulis tentang leadership
    tak muat diblog kepalaboala (a.k.a blog bola sepak paling diplomasi)
    apa itu leadership suruh presiden FAM dan CO. baca,
    -sebenarnya nya FAM perlu hanya menguruskan sumber-sumber idea daripada seluruh rakyat
    boleasepak untk direalisasikan,tidak semestinya idea ini datang dari pemimpin )
    sebaGAI PEMIMPIN mereka hanya perlu menguruskan sahaja
    akan tetapi jika mereka ini gagal melaksanakan,
    ternyata kepimpinan presiden FAM SEJAK 20 TAHUN hanya perlu meletakjawatan,
    kerana mereka ini pemimpin yang gagal,DAN kerana kegagalan mereka itu bolasepak
    kita tidak boleh bersaing di peringkat lebih tinggi.
    sebagai pemimpin mereka tiada istilah kekangan utuk melaksanakan sebernarnya.
    contoh sikap sambil lewa FAM Yang jelas banyak.untuk contoh mudah
    cadangan riszal hashim untuk publisiti MSL dimana perlaksanaan mereka,perkara yang semudah ini pun
    GAGAL,
    di mana FAM campak cadanga dan idea bernas untuk memajukan bolasepak oleh saudara Rizal Hashim
    hampir 2 tahun,amat jelas kita perlu tranformasi, 1juta idea yang kita cari tidak mungkin
    dilaksanakan.kerana sikap pemimpin FAM sendiri.tanya diri mereka anda apa makna pejuang ?
    apa yang diperjuangkan ?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: