Bayangkan kalau kita tidak sihat, pergi jumpa doktor dan dia terus berkata, ” Saya rasa kamu ni mengidap penyakit…………” tanpa melakukan sebarang pemeriksaan perubatan. Apa perasaan kita? Sudah pasti kita tidak akan berpuas hati dan mungkin membuat pertimbangan untuk berjumpa doktor yang lain pula. Harapan kita ialah doktor tadi melakukan satu “check-up” atau “diagnosis” yang terperinci, sebelum dia memberitahu apa penyakit yang kita hidapi.
Analogi di atas, adalah sama dengan apa yang sedang berlaku dengan senario bolasepak Malaysia sekarang ini. Komuniti bolasepak Malaysia sebenarnya tidak sahih, apa sebenarnya yang membelenggu sukan kesayangan kita. Ini dapat kita lihat setiap hari,bila pihak-pihak yang terlibat dengan bolasepak akan cepat menuding jari kepada pihak yang lain, apabila isu kualiti bolasepak negara ditimbulkan. Sebagai contoh, FAM akan mengatakan kelemahan terletak pada persatuan negeri dan juga sebaliknya. Jurulatih tidak berpuashati dengan pemain dan sebaliknya. Penuntun, media, pengadil dan sekolah pun kena. Jika kita perhatikan dengan betul-betul, “blame game” atau tuding-menuding ini memang sudah lama dimainkan. Kita semua pernah dan akan terus dikaitkan dari masa ke semasa sebagai penyumbang kepada kemelut bolasepak Malaysia.
Kita kembali kepada analogi doktor di atas. Dia perlu melakukan “diagnosis” mengikut prosedur yang tepat supaya dia dapat mengesahkan/mengsahihkan penyakit yang dihidapi. Dengan ini, rawatan atau ubat dapat diberikan dengan tepat. Hasilnya, kesan penyakit dapat diubati dan punca masalah akan ditangani.
Jadi, bolasepak Malaysia berada di dalam situasi yang sama. Satu prosedur “diagnosis” yang terperinci diperlukan( supaya, kita dapat “pin down” permasalahan sebenar) agar kita senang memahami masaalah dan mencari jalan penyelesaian.
Mengikut pengalaman dan apa yang mampu saya imbas kembali, belum pernah ada satu usaha secara terperinci dan komprehensif untuk mencari dan mengenalpasti cabaran sebenar yang dihadapi bolasepak Malaysia. Sekali-sekala ada di anjurkan mesyuarat, bengkel, seminar, brainstorming dsb dengan niat yang dimaksudkan. Kalau tak silap saya, jurulatih England sekarang, Roy Hodgson, pernah berceramah di salah satu acara yang telah dianjurkan. Saya juga pernah menghadiri beberapa bengkel, perbincangan yang akhirnya tiada sebarang tindakan susulan.
Hakikatnya, cabaran yang dihadapi oleh bolasepak kita bukannya kecil. Ianya tidak boleh ditangani oleh sebilangan kecil ahli komuniti bolasepak Malaysia sahaja. Jadi satu usaha yang serius, bersepadu, komprehensif serta melibatkan berbagai-bagai pihak perlu dilakukan. Jadi, usaha untuk melakukan “diagnosis” ke atas bolasepak Malaysia perlulah dilakukan dengan kadar segera, agar jalan penyelesaian boleh dicari dengan secepat mungkin.
Pernah saya ajukan perkara ini ketika bertugas di FAM dulu tetapi tidak mendapat sokongan. Mungkin saya gagal meyakinkan mereka atau pun agenda sewaktu itu adalah berbeza.
Banyak pihak ketika ini yang boleh tampil dan memulakan usaha ini berdasarkan kepakaran dan sumber yang mereka ada. Yang paling jelas ialah pihak universiti atau Institusi Pengajian Tinggi. Mereka mempunyai program Sains Sukan hingga ke peringkat Sarjana dan juga PhD. Kita semua tahu yang aktiviti utama program pengajian pasca siswazah ialah melakukan kajian. Jadi mereka mempunyai pakar-pakar yang memang arif tentang “diagnosis” atau “problem analysis”.
Kita bukan inginkan satu kajian ilmiah atau akademik, tetapi satu analisa realistik yang boleh menjelaskan pada kita empat persoalan di bawah:-
1. Apakah masaalah sebenar yang dihadapi?
2. Apakah punca-punca kepada masaalah?
3. Apakah antara jalan-jalan penyelesaiannya?
4. Apakah jalan penyelesaian terbaik?
Jika diperhatikan, persoalan-persoalan diatas, perlu ditangani satu demi satu. Sekarang, kita masih belum berupaya menjawab soalan yang pertama, dan ini bermakna kita tidak akan mampu untuk menangani tiga soalan berikutnya.
Kita tahu, banyak usaha sedang dilakukan sekarang untuk meningkatkan kualiti bolasepak Malaysia dan kita tetap menyokong. Ada pendekatan yang lebih berkesan – menjimatkan masa, tenaga, wang dan juga lebih fokus – kearah merungkai kemelut bolasepak Malaysia.
kepalabola:
Pengalaman kepalabola berkhidmat dengan badan korporat dan juga sebagai perunding latihan, memang biasa dengan proses “problem analysis” dan percaya, ia juga boleh di applikasikan ke atas bolasepak Malaysia.

Komentar
assalamualaikum, wah daripada pemain bola sepak kepada pensyarah kepada penolong setiausaha agung FAM kepada management trainer kepada blogger, tahniah, semoga input dan pandangan tuan dapat memeriahkan lagi dunia siber demi kebaikan bola sepak negara. wassalam
Rizal: TQ. Teruja saya kerana mendapat komen dari salahj seorang premier blogger di Malaysia. Pasti ini akan memberikan semangat dan motivasi untuk terus aktif.
teruja menunggu cerita-cerita dalaman ketika tuan dalam FAM satu ketika dulu…apa kelemahan, apa yang boleh diperbaiki…
masalah yang pertama yang dihadapi adalah pemimpin2 atasan, jom transformasikan
Ini sesuatu yang sentiasa kita dengari. Ada diantara mereka yang berusaha dengan bersungguh.
Welcome to the club sir….
Thank You Haresh. I’ve got a long way to go. I need to learn from experts like you.
Salam persoalan yg baik… KITA2 semua Rakyat Malaysia
TQ Hasnizam. Harap2 kita dapat menyumbang sedikit sebanyak untuk kemajuan.
sangat setuju dengan pendapat penulis ini, tetapi setujukah abang penulis jika saya katakan penyakit yang perlu dirawat dan dibedah ialah Presiden FAM itu sendiri, saya rasa tidak perlu seorang pakar diagnosis untuk mengatakan penyakit kronik dalam bolasepak Malaysia ini ialah Presiden FAM itu sendiri, maka penyakit itu harus dirawati terlebih dahulu atau dengan erti kata lain Presiden FAM perlu meletakkan jawatan kemudian barulah kita boleh masuk ke “recovery period” selepas pembedahan dan dari situ kita buat hala tuju ke mana arah “recovery” itu akan tuju. 28 years with NOTHING to be proud of except 2010 AFF Suzuki Cup(does it takes 28 years to conquer ASEAN), adakah abang penulis setuju??
saya stuju dgn cadangan yg diajukan oleh anak memberontak…
Tuan, politik FAM terlalu kuat sehingga mengalahkan politik arus perdana. Yes politik itu perlu tetapi janganlah keterlaluan. Perubahan total perlu dalam FAM. Kita perlu toleh kepada Bayern Munich di mana top level officer semuanya diisi oleh bekas player mereka sendiri. Mereka tahu apa yang perlu dalam bolasepak dan bukannya politik semata-mata..
Menarik komentar yang diberikan oleh ketiga-tiga rakan di atas.
Pengalaman saya di FAM memberikan pada saya gambaran yang berbeza. Presiden dipilih oleh ahli-ahli gabungan setiap dua tahun dan setiap dua tahun mereka diberi peluang untuk menukar presiden tetapi itu tidak pilihan mereka. Ini bermakna presiden ini dimahukan oleh ahli-ahli gabungan.
Secara tidak langsung, presiden ini juga merupakan presiden yang di persetujui oleh komuniti bolasepak Malaysia kerana, AJK di ahli-ahli gabungan ( persatuan negeri, kelab, PDRM, ATM dll) dilantik oleh komuniti bolasepak di negeri, kelab dsb. Jadi kalau ada bekas pemain yang ingin kita ketengahkan, ia mestilah melalui proses yang sama. Pemain yang dipilih perlulah menerajui Persatuan negeri terlebih dahulu.
Sistem pemilihan dan pengundian termaktub di dalam statut FAM yang mendapat restu dari FIFA.
Jika kita lihat ini sebagai satu masaalah, ianya bukan masaalah jawatan presiden atau politik di FAM tetapi satu cabaran yang lebih besar melampaui faktor-faktor tadi
Sebab itulah saranan kepalabola ialah melakukan diagnosis untuk merungkai masaalah sebenar.
Antara masalah lain yg saya nampak ialah promosi media (media bahan bacaan samada cetak atau elektronik). Mungkin En.Rosli boleh bandingkan promosi media (bahan bacaan) sekarang berbanding dgn thn 80-an & awal 90-an dulu.
Saya ingat lagi dulu, game hari sabtu. hari ahad beritanya, setiap perlawanan akan ada summary/statistik penuh, siapa player 1st eleven, summary siapa penjaring, minit berapa, siapa subs. Kemudian lengkap senarai penjaring.
Sekarang? susah sangat nak jumpa info sebegini. bukak web FAM & MSL pn takde, bukak web arena.my pun tiada. Kalau nak tau juga kena beli majalah atau hari yg suratkhabar letakkan sisipan. (maknanya dah bukan mudah diperoleh, sedangkan sekarang zaman internet). Bila tiada, bagaimana peminat dr kecil hingga dewasa nak kenal siapa pemain2 liga-super & perdana?? yg kenal cuma player star atau player yg masuk tv ketika live sahaja.
Selain masalah di atas, kami peminat bola memerlukan promosi panas & ghairah dpd media. Dalam hal ni bg saya Astro Arena masih tidak dapat menyerlahkan serta mempromosikan kehebatan liga super & perdana secara total atau menyeluruh.
Bayangkan rancangan Masa Tambahan hanya 30 minit?? bagaimana nak cover semua game liga super & liga perdana. Astro Arena perlu “edit” video setiap perlawanan supaya kelihatan menarik & mencabar dgn sudut/angle video yg baik.
Sepatutnya setiap perlawanan dapat highlights dalam 5-10 minit. Barulah kami dapat melihat aksi2 setiap perlawanan, percubaan, foul dsb. Selain tu dapat kenal pemain2. Ini tidak kebanyakkan kalau bukan game tumpuan, highlights tiba2 dah gol (boring & ntah apa2).
Kadang2 ada ranking “Gol Terbaik minggu ini” – bagi saya tak tepat sbb bukan semua perlawanan liga super/perdana ada ditunjukkan. Mungkin tajuk yg tepat ialah : “Gol terbaik yang berjaya dirakam pada minggu ini”
Bagi saya jika 2 masalah ni dapat diatasi, jumlah sokongan & fanatik terhadap pasukan akan meningkat, sbb peminat telah “diprovokasi & dimewahkan” dengan maklumat & video yg memihak pasukan masing2. Mungkin juga jumlah penyokong ke stadium akan meningkat, disebabkan ada yang “terpengaruh dengan highlights” seperti mana hebatnya promosi filem2 hebat di pawagam.
Ini adalah antara masalah yg saya nampak, dan mungkin masalah di pihak astro arena ialah kekangan bajet. Kalau begitu, pandai2 lah buat proposal minta bajet lebih.
Tahniah En. Rosli…
Tuan,
Memangla pemilihan itu dipersetujui oleh badan-badan gabungan dan ahli komuniti bolasepak negeri-negeri. Tetapi seandainya tuan punya badan merasakan dirinya mempunyai kekurangan untuk menerajui badan yang besar seperti FAM dan insaf akan kekurangan itu, maka eloklah mengundurkan diri. Ahli-ahli gabungan dan komuniti negeri-negeri pastinya berada dalam keadaan yang ‘TERPAKSA’ seandainya individu ELIT ini terus menawarkan diri untuk terus berkuasa disebabkan keadaan yang SELESA dan tidak TERCABAR oleh mana-mana pihak.
ini antara cadangan yang menarik untuk pembangunana bolasepak Malaysia. SILA ke blog berikut… (BUKAN BLOG saya ) Penulis blog tertera ada menulis sebuah buku,,CERITA MALAYSIA TIDAK KEPIALA DUNIA.( buku yang mantap )
http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/bicara-bola.html
nampak mustahil tetapi nampak boleh dicapai,FAM dan FA yang lain perlu memulakan untuk memulakan kajian kemungkinan ( Feasibility study)
sekian akan sambung diwaktu terluang…
saya mengalu alukan keberanian blogger Rosli turun arena memberi dan menerima teguran membina. Kiranya blogger lain dapat mencontohinya, baik untuk mereka dan komuniti sukan seluruh tanah air, kepincangan ketara kelihatan apabila seorang bloger melemparkan kata kata dan sembunyi belakang tabir hak peribadi bagi berbuat demikian. contoh blogger salah seorang blogger ssdaliwal. (beliau pernah terlibat dalam FAM)
Memang memberi komen merupakan satu tanggungjawab, seperti meninggalkan email saya disini, sesiapa boleh mengkritik saya, tetapi mengapa blogger seperti ssdaliwal boleh bebas dari kritikan dari pembaca? Tidak semua blog beliau menyatakan kebenaran, tapi alangkah malang bagi sesiapa yang dikritik.. dikomen..mangsa tersebut tidak berupaya menangkis tomahan-tomahan dalam blog beliau, kerana hak menjawab adalah tertakluk kepada beliau..Ini ialah tabii semlajadi manusia ingin mempertahankan diri daripada ancaman tidak kira melalui apa carapun. Tetapi bukankah juga sifat murni “berani kerana benar” patut disemai oleh setiap blogger yang bertanggungjawab?
Terima kasih
Blog kepalabola memang diwujudkan untuk melihat isu-isu bolasepak Malaysia dari sudut yang positif dan boleh membawa kemajuan, Kita akan jauhi dari kutuk, kondem, caci, cela atau apa sahaja yang memperkecilkan mana2 pihak.
As-salam saudara, menarik artikel saudara. Sy suka kerana artikel ini sepertinya MAHU mencari solusi kpd permasalahan bolasepak kita yg semakin ahri semakin PARAH. Kebanyakan blogger lain cuma memberi KOMEN serta PANDANGAN mereka dari sudut pandang mereka sahaja.
Senario hari ni memperlihatkan sokongan yg MERUDUM peminat bolasepak tanahair kepada badan induk bola itu sendiri iaitu FAM. Ramai yg risau akan senario ini tetapi kenapa FAM seakan tidak ambil peduli? Sy sbg peminat bolasepak jg tidak ENAK dgn senario ini, tetapi dalam masa yg sama tidak mampu utk menjadi peminat FAM dlm byk hal. Sy jd hairan adakah FAM tiada perasaan dgn segala cemuhan , kritikan & kutukan yg dilontarkan oleh peminat? Sampaikan ULTRAS MALAYA boleh secara terbuka menyanyi dgn bangga di dlm stadium sbg satu cara utk menunjukkan pembrontakan rakyat. Tak malukan FAM? Tiadakah rasa ingin mencari kenapa perkara ini berlaku & apa yg nak dilakukan utk menyelesaikannya?
Pada sy, atas beberapa kes yg berlaku kebelakangan ini sepertinya FAM telah membuka pekung di dada sendiri. Byk kepincangan dalaman serta pentadbiran telah secara tidak sengaja ditonjolkan kpd umum. Integriti, ketidakadilan dsb sgt memalukan. Sy setuju dgn saudara di atas agar KEPALAnya dibedahsiasat dahulu kerana kalau buruk kepala, buruklah sampai ke ekornya.
Rakyat membantah & berteriak kerana di sana-sini kerana tiada platform bg kami untuk meluahkan..justeru berteriaklah di mana2 shj dgn harapan agar didengar & diambil perhatian agar ada tindakan susulan diambil oleh badan yg berwajib. Jika ada tindakan susulan, pastinya itu dh melegakan rakyat.
Sbg mana yg saudara usulkan, perlu ADA la yg memulakan. Jgn ada hasrat je tetapi tidak dimulakan, sampai ke sudah la takde hasilnya. Terima kasih kerana mendengar pandangan sy. Harap dpt pandangan saudara. TQ
Terima kasih atas sokongan. Perlu tahu penyakit sebelum diberi ubat. Realitinya, komuniti bolasepak Malaysia melihat situasi sekarang dari sudut masing masing. Sudah pasti pendapatnya bebeza dan sudah tentu akan menimbulkan pertelingkahan.
Jadi, siapa yang betul dan siapa yang salah? tidak ada orang yang akan mengaku salah! Selagi kita tidak jelas masaalahnya, selagi itulah kita tidak akan jumpa jalan penyelesaian. Perlu memulakan usaha mencari.
bagi saya antara penyakit yg ada, FAM tidak terbuka, sombong & bongkak. Tidak bijak & pandai ambil hati peminat2 fanatik yg berumur 40 thn ke bawah. Sedangkan golongan ini lah yg perlu ramai ke stadium setiap perlawanan liga.
Adakah FAM mempunyai fan page facebook? blog rasmi? bagaimana nak dekat & ambil hati dengan peminat kalau benda mcm ni pn tak reti nak buat?
berdasarkan pengalaman saya, FAM tidak mahu keluar belanja untuk mengisi dan menyediakan content dalam laman web. dulu ada satu ketika keputusan terkini dikemas kini dan ada beberapa rencana disiarkan dalam laman web fam sekitar 2007-2008 tetapi kemudian bertukar admin dan server..ada beberapa cadangan pegawai IT FAM tetapi tidak disempurnakan…baca syor dan cadangan saya http://rizalhashim.blogspot.com/2011/01/cadangan-buat-stesen-tv-free-of-charge.html
Saya baca cadangan menarik Saudara Rizal! Amat tidak kena jika mana2 organizasi yang besar tidak masuk ke alam siber di dalam era digital ini. Kecenderungan yang saya lihat di FAM ialah tidak ada keutamaan atau “priority” di dalam melaksanakan kerja yang menyebabkan mereka hilang fokus. Ini mungkin disebabkan kesibukan mereka menangani kerancakan liga…..
Sdr Rosli,
FAM py byk dana & resources. Jika ada kemahuan, pasti ada hasilnya. Jika pengurusan FAM ikhlas, telus & visionary, sy yakin perkara di atas boleh dianggap ‘small matter’ shj. Cuba FAM cut-down mana2 perkara yg remeh-temeh yg bersifat celebration, ceremony dsb dan salurkan kpd memenuhi objektif2 yg bermanfaat utk kemajuan bolasepak negara.
Sy nk minta pendapat sdr Rosli, jika terang2 FAM buat salah & menteri pn tutup mata shj sb yg kepalanya adalah org istana, jd di mana hak kita utk suarakan pendapat/ pertanyaan utk pencerahan? Inilah masalah plg besar skrg.
saya jelas sudut yang diperkatakan oleh saudara mengenai menteri dan FAM.Perjalanan mana2 persatuan bolasepak negara di dunia adalah dibawah pengawasan ketat FIFA. Statut FIFA ada terkandung…perjalanan persatuan tidak boleh ada campurtangan dari pihak ketiga. FA Brunei, contohnya sekarang ini dibawah penggantungan kerana pihak kerajaan (kementerian sukan) campurtangan dengan melantik orang2 mereka. Samalah dengan situasi FAM. Menteri tidak boleh masuk campur sewenang-wenangnya. Boleh berbincang tetapi tidah boleh memberi arahan. Perjalanan FAM mengikut apa yang termaktub didalam statut FAM semasa. Cabarannya kadang-kadang ialah perlaksanaan statut itu tidak diperincikan dengan teliti untuk kebaikan semua pihak.
” Ini mungkin disebabkan kesibukan mereka menangani kerancakan liga….”
apa maksud sbenar abang rosli.. .
Tahniah PakDa!!!