Selamat bertemu di blog kepalabola !
Blog ini ialah satu inisiatif untuk mewujudkan platform perbincangan yang positif mengenai bolasepak Malaysia
Semua orang yang terlibat dengan sukan bolasepak di Malaysia, tak kira samada kita pemain, jurulatih, pengurus, pengadil, peminat, penonton atau mana cara penglibatan sekalipun, jika kita ada kena mengena dengan bolasepak, blog ini sesuai untuk kita.
Saya yakin, dengan pengalaman penglibatan saya di dalam kancah bolasepak Malaysia, blog ini mampu untuk mewujukan perbincangan-perbincangan dari sudut yang jarang-jarang diperkatakan mengenai Bolasepak Malaysia.
Paparan dan ciri-ciri untuk berinteraksi di blog ini akan di tingkatkan dari masa ke semasa.
Diharapkan blog baru ini tidak dibandingkan dengan nama-nama besar blog sukan di Malaysia seperti Loose Cannon, Jai Ho , Hareshdeol atau Sukan 1Mas.
Sokongan dan dorongan dari komuniti bolasepak Malaysia dialu-alukan demi kebaikan kita bersama.
Terima Kasih.
Dengan semangat tinggi,
Rosli Hussein
__________________________________________________________________
kepalabola
Isu-isu dan perbincangan-perbincangan di dalam blog ini, dalam konteks pembangunan bolasepak di Malaysia, ialah bertujuan:
“Membangunkan PEMIKIRAN DAN SIKAP POSITIF ,di kalangan semua pihak yang terlibat dengan bolasepak di Malaysia”.
Empat pendekatan/semangat utama yang akan ditekankan di blog ini ialah:
- memaksimakan kebolehan, pengetahuan dan usaha kita.
- mengajak, mendorong serta membantu orang lain memaksimakan kebolehan, pengetahuan dan usaha mereka.
- sentiasa menjaga maruah serta memertabatkan sukan bolasepak itu sendiri.
- sentiasa bertindak dengan cara yang akan meningkatkan mutu bolasepak di malaysia
Harapan kita ialah dengan mempunyai satu masyarakat bolasepak Malaysia yang berfikiran serta bersikap positif, ia akan menjadi satu pemangkin kearah mengembalikan imej bolasepak Malaysia sebagai satu kuasa di Asia.
Kita semua perlu mempunyai kepalabola!
Rosli Hussein
